SMK MEROTAI BESAR

SMK MEROTAI BESAR | PETI SURAT 272, 91007, TAWAU, SABAH | TEL&FAX:089902824 | E-MEL:smkmerotaibesar@yahoo.com
 
HomeHome  ­PortalPortal  ­CalendarCalendar  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­MemberlistMemberlist  ­UsergroupsUsergroups  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  
Share | 
 

 Ajar subjek Teknik, Vokasional dari Ting. 1

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts: 106
Join date: 2008-02-26

PostSubject: Ajar subjek Teknik, Vokasional dari Ting. 1   Wed Nov 26, 2008 10:02 pm

PORT DICKSON 25 Nov. - Mata pelajaran Teknik dan Vokasional akan
diajar bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah
menengah teknik di seluruh negara menjelang 2010.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, sebelum
ini, mata pelajaran berkenaan hanya diajar kepada pelajar tingkatan
empat dan lima di sekolah aliran tersebut.
Menurut beliau, langkah memperkenalkan mata pelajaran itu di
peringkat awal lagi adalah untuk membolehkan para pelajar menyalurkan
kreativiti selain menanamkan minat terhadap bidang yang mereka ingin
ceburi.
''Kementerian kini bersiap sedia untuk memperlengkapkan tenaga
pengajar selain meningkatkan lagi beberapa infrastruktur asas bagi
melaksanakan program teknik dan vokasional,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian
Konvensyen Kebangsaan Guru-Guru Vokasional dan Kemahiran 2008 di sini
malam tadi.
Katanya lagi, menjelang tahun depan, pihaknya berharap segala
keperluan pelajar dapat disediakan dengan teratur kerana ia merupakan
satu agenda di bawah Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Kementerian Pelajaran.
''Kesemua guru yang terlibat akan diberi latihan berasaskan
kecekapan. Setakat ini, seramai 300 guru telah mengikutinya dan ia akan
diperluaskan bukan sahaja melibatkan tenaga pengajar di sekolah teknik,
malah meliputi guru-guru di sekolah teknik harian,'' jelas beliau.
Selaras dengan pelaksanaan itu, Razali memberitahu, pembelajaran
dalam kedua-dua bidang berkenaan juga akan dilanjutkan bagi program
matrikulasi atau diploma sebagai satu langkah bagi membolehkan para
pelajar melanjutkan pelajaran mereka pada tahap tertinggi.
Beliau berkata, langkah berkenaan secara tidak langsung dapat
mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar memandangkan ia
memenuhi kehendak mereka yang lebih cenderung ke arah bidang-bidang
kemahiran serta praktikal.
''Aktiviti-aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya dapat memberikan
satu kepuasan kepada mereka yang lebih berminat ke arah bidang-bidang
seumpama itu,'' katanya. Utusan.
Back to top Go down
View user profile http://smkmerotaibesar.withme.us
 

Ajar subjek Teknik, Vokasional dari Ting. 1

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SMK MEROTAI BESAR :: PORTAL-