SMK MEROTAI BESAR

SMK MEROTAI BESAR | PETI SURAT 272, 91007, TAWAU, SABAH | TEL&FAX:089902824 | E-MEL:smkmerotaibesar@yahoo.com
 
HomeHome  ­PortalPortal  ­CalendarCalendar  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­MemberlistMemberlist  ­UsergroupsUsergroups  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  
Share | 
 

 Hishammuddin: PPSMI dapat dilaksana dengan baik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts: 106
Join date: 2008-02-26

PostSubject: Hishammuddin: PPSMI dapat dilaksana dengan baik   Tue Nov 25, 2008 6:02 am

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kementerian Pelajaran yakin Program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) akan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun sentiasa
menerima pandangan berbeza daripada pelbagai pihak.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian
mengambil kira pendapat semua terutama pakar dalam soal pendidikan dan
berharap ia akan dapat digunakan bagi mencari mekanisme terbaik untuk
menjayakannya.
"Tidak mudah untuk kita menghadapi tekanan ini (pelaksanaan PPSMI).
Setelah satu kohort ini kita terus mencari cara untuk menyesuaikan
keadaan itu kepada pelajar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus
Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Kebudayaan Tradisional Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.
Hishammuddin diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru
berhubung pelaksanaan PPSMI yang menerima pandangan berbeza daripada
banyak pihak.
Mengenai tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk memboikot Peperiksaan Tahap Kecekapan
(PTK) terhadap guru-guru jika ia tidak dimansuhkan tahun depan,
Hishammuddin berkata, semua pihak perlu rasional mencari penyelesaian
terhadap perkara itu.
Katanya, walaupun kementerian tiada kuasa untuk menetapkan sebarang
keputusan mengenai PTK untuk guru-guru, ia sentiasa mengemukakan
cadangan kepada pihak bertanggungjawab demi menjaga kebajikan guru-guru
di seluruh negara. utusan.
Back to top Go down
View user profile http://smkmerotaibesar.withme.us
 

Hishammuddin: PPSMI dapat dilaksana dengan baik

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SMK MEROTAI BESAR :: PORTAL-