SMK MEROTAI BESAR

SMK MEROTAI BESAR | PETI SURAT 272, 91007, TAWAU, SABAH | TEL&FAX:089902824 | E-MEL:smkmerotaibesar@yahoo.com
 
HomeHome  ­PortalPortal  ­CalendarCalendar  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­MemberlistMemberlist  ­UsergroupsUsergroups  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Ilmu terhad jika tidak dalami bahasa Inggeris - Dr. M

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts: 106
Join date: 2008-02-26

PostSubject: Ilmu terhad jika tidak dalami bahasa Inggeris - Dr. M   Wed Nov 26, 2008 10:03 pm

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Rakyat Malaysia dikhuatiri hanya akan
menerima ilmu yang terhad jika tidak mempelajari bahasa Inggeris yang
kini menjadi bahasa ilmu di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, keadaan yang sama akan berlaku jika pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
tidak diteruskan di kalangan pelajar sekolah di negara ini.
Beliau berkata, sumber-sumber mengenai sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris terhasil begitu pantas dan masyarakat tidak mempunyai
pilihan selain menggunakan bahasa itu untuk mendapatkan ilmu berkaitan
kedua-dua bidang itu.
"Hari ini penyelidikan dan kertas kajian dalam bidang-bidang itu
dihasilkan dengan begitu pantas dan kita sudah tiada masa untuk
menterjemahkannya kalau tidak kita akan ketinggalan.
"Satu pilihan untuk kita tidak ditinggalkan adalah menggunakan
sumber sedia ada walaupun ia dalam bahasa Inggeris. Oleh itu kita perlu
memahirkan diri kita mendalami bahasa itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada ucaptama Program Bahasa Inggeris dan
Asia: Persidangan Antarabangsa Pertama Bahasa dan Linguistik anjuran
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, memberi penekanan terhadap mendalami bahasa
Inggeris tidak bermakna masyarakat terpaksa meminggir atau melupakan
bahasa Melayu.
"Apabila kita menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu di negara
ini, tidak bermakna kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi patriotik
atau hilang kerakyatan kita.
"Adalah tidak adil kepada generasi kita untuk menyekat mereka
daripada menuntut bahasa Inggeris apabila kita sendiri sudah berjaya
menuntut dan mendalaminya sebelum mereka," katanya.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, beliau tiada kuasa untuk
menghalang sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk tidak
meneruskan lagi PPSMI.
"Saya nak buat macam mana lagi, saya bukan berkuasa lagi. Saya sudah pertahankan (PPSMI) sebelum ini," katanya. Utusan.
Back to top Go down
View user profile http://smkmerotaibesar.withme.us
 

Ilmu terhad jika tidak dalami bahasa Inggeris - Dr. M

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SMK MEROTAI BESAR :: PORTAL-
Post new topic   Reply to topic