Pihak NUTP telah menghubungi Yg Bhg Dato’
Hj Alimuddin Bin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
mengenai nasib guru yang mengajar tingkatan 6 yang masih
belum memenuhi syarat seperti berikut :
1. belum cukup tempoh perkhidmatan 5 tahun di DG41
2. Belum lulus PTK atau sedang menunggu keputusan PTK atau
sedang menunggu panggilan untuk menghadiri kursus PTK
Semua guru tingkatan 6 yang terlibat ini tidak boleh digantikan
dengan guru yang lain.Mereka mesti diberi peluang terus
mengajar tingkatan 6 sehingga memenuhi syarat.